Tempatan

Keputusan Mahkamah Sivil Tiada Kuasa ‘Pertikai’ Mahkamah Syariah, SIS Bantah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Januari 2023 – Sisters in Islam (SIS) membantah keputusan mengembalikan seorang wanita sebagai seorang Islam seperti yang dirayu pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), menurut hantaran di Twitter rasminya.

BACA JUGA: MAIS Berjaya Pertahan Keislaman Wanita, Mahkamah Sivil Tiada Hak Kata Hakim

BACA JUGA: 2 Buah Kontena Membawa Sisa Buangan Dari AS Diarahkan Pulang

BACA JUGA: Presiden Mahkamah Rayuan Yang Baharu Dari Sarawak

Menurut SIS, kebebasan beragama dan kepercayaan (ForB) merupakan hak untuk setiap rakyat Malaysia serta termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta tindakan MAIS itu tidak mencerminkan belas kasihan dan toleransi.

Dalam hantaran itu juga, SIS merujuk kepada kes anak Indira Gandhi yang diislamkan secara unilateral oleh ibunya ketika usia lima tahun di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada tahun 1991.

Selepas permohonan wanita itu untuk diisytiharkan sebagai bukan Islam ditolak untuk beberapa kali, wanita itu kemudiannya berpaling kepada Mahkamah Sivil dan menyatakan bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai sebarang bidang kuasa ke atas kes tersebut.

SIS yang memetik kepada kes itu turut menyatakan bahawa penukaran kepada agama Islam untuk kanak-kanak di bawah umur memerlukan persetujuan kedua ibu bapa seperti yang termaktub dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Baru-baru ini, pihak MAIS dan Kerajaan Negeri berjaya mempertahankan keislaman seorang wanita dalam keputusan majoriti 2-1.

Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang juga pengerusi kepada panel Mahkamah Rayuan itu berkata, Mahkamah Sivil tidak mempunyai kuasa semakan kehakiman ke atas Mahkamah Syariah seiring Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa ke atas Perkara di bawah bidang Mahkamah Syariah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: