Tempatan

LGвτ Dan Golongan Songsang Menjadi Teras Perjuangan SUHAKAM – Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2021 – “Sangat memalukan apabila kita ada agensi seperti SUHAKAM di negara ini yang dilihat seolah-olah hanya memperjuangkan hak golongan LGBT dan golongan songsang, semata-mata,” tegas Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), tuan Haji Aminuddin Yahaya.

Ujarnya, semua kesalahan itu boleh dikatakan melalui tindak-tanduk pesuruhjaya-pesuruhjaya SUHAKAM yang terlalu terikut-ikut dengan agenda Barat yang menekankan Universal Value tanpa mengambil kira nilai-nilai agama dan budaya negara.

Jadi tidak hairanlah apabila semakin ramai pihak sedang mempertikaikan apakah fungsi sebenarnya SUHAKAM dan persuruhjaya yang ada sekarang.

“Maka SUHAKAM ini harus dibersihkan dan diselidiki segala agenda sebenar mereka termasuk perlu dikaji semula siapakah barisan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya yang dilantik,” ujarnya.

Tambah beliau, banyak kenyataan dan laporan SUHAKAM tidak menampakkan mereka memainkan peranan sebenar.

“Sudah tentu amalan SUHAKAM yang gemar memperjuangkan naratif songsang ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Prinsip Rukunegara, Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang Sivil.”

Jelas beliau lagi, apa yang dikesalkan adalah peranan SUHAKAM ketika timbul isu rider foodpanda yang ditindas,isu pekerja dipaksa membuka tudung, dibelasah sebab berpuasa dan pekerja dipaksa menjual arak.

“Ini adalah antara perkara yang SUHAKAM tidak lihat walhal, ia melibatkan hak rakyat yang juga termasuk di dalam Hak Asasi Manusia dan sudah sepatutnya diperjuangkan agensi berkenaan.”

“Kita mempertikaikan, di mana SUHAKAM apabila pekerja-pekerja ini ditindas. Mengapa apabila bab LGBT sahaja laju pula mereka memperjuangkannya,” soal beliau.

Justeru, SUHAKAM perlu diperbetulkan kembali seperti melantik pesuruhjaya baharu yang berintegriti dan memahami Perlembagaan negara, undang-undang dan hukum-hukum syarak.

“SUHAKAM ini boleh dibiarkan terus beroperasi tetapi mestilah dengan pesuruhjaya yang baru kerana pesuruhjaya-pesuruhjaya yang ada di dalam pertubuhan sekarang tidak tahu hormat kepada Perlembagaan dan Akta SUHAKAM itu sendiri.”

Dalam masa yang sama, Haji Aminuddin menggesa rakyat untuk mendesak kerajaan menyemak semula fungsi dan peranan SUHAKAM.

Malah, rakyat juga perlu sentiasa peka dengan laporan yang dikeluarkan SUHAKAM

“Rakyat bukan sahaja patut mendesak kerajaan supaya menyemak semula fungsi dan peranan SUHAKAM ini bahkan lebih daripada itu kerana ia bukanlah pertubuhan yang mempertahankan hak asasi seluruh manusia, melainkan hanya hak asasi LGBT dan golongan songsang semata-mata.”

“Rakyat juga perlu sentiasa peka dengan laporan yang dikeluarkan SUHAKAM dan rakyat juga perlu mendesak SUHAKAM untuk libatkan mereka terutama NGO sebelum sesuatu laporan dikeluarkan atau dalam menangani isu-isu rakyat supaya agensi ini dapat dikawal selia sepenuhnya agar agenda sonsang mereka dapat dibongkar dan dipatahkan.”

Mengakhiri kenyataan, beliau menyatakan, “Saya menyarankan pesuruhjaya SUHAKAM perlu ditukar segera sebelum pertubuhan itu menjadi lebih parah disebabkan pesuruhjaya yang ada sekarang gagal memahami keperluan rakyat dan keperluan Hak Asasi Manusia itu sendiri.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: