Tempatan

Lebih 50 NGO Bersama PEMBELA Pahang Akan Buat Laporan Polis Kes Ceroboh Hutan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAUB, 13 Julai 2023 – Lebih 50 wakil NGO bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Pahang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Raub bagi membuat laporan polis ke atas pekebun haram durian Musang King Raub, Pahang yang menceroboh tanah kerajaan Negeri Pahang.

Laporan dibuat bagi menggesa pihak berkuasa kerajaan Negeri Pahang menjalankan siasatan jenayah ke atas semua pekebun haram Musang King yang mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap kerajaan Negeri.

BACA JUGA: Selsema Burung: Cadangan Vaksinasi Ternakan Untuk Kurangkan Manusia Dijangkiti

BACA JUGA: Polis Siasat Kegiatan Jual Darjah Kebesaran Pahang Secara ‘Online’

BACA JUGA: Infografik RM391 Belanja Suri Rumah Sebulan, J-Kom Diperlekeh Netizen

“Saya membuat laporan polis ini atas kepercayaan bahawa pihak berkuasa seperti Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang Serta Jabatan Perhutanan Negeri Pahang harus menjalankan siasatan jenayah ke atas semua pekebun haram Musang King yang mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap kerajaan Negeri Pahang,” kata mereka dalam satu kenyataan.

“Ini kerana terdapat peruntukan dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Perhutanan Negara 1984 yang memperuntukkan kuasa kepada pihak berkuasa untuk membuka kertas siasatan jenayah serta menjalankan siasatan selanjutnya ke atas perlakuan pencerobohan dan penerokaan haram.”

“Lebih lagi dalam tindakan mahkamah, semakan kehakiman, pekebun Musang King telah mengaku secara terbuka bahawa mereka menceroboh serta meneroka di kawasan tanah milik Kerajaan dan Hutan Simpan Kekal di Daerah Raub sejak berdekad.”

Selain itu, laporan polis itu juga dibuat ke atas Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui.

“Saya terbaca berita dalam sosial media bahawa Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui mahu penceroboh durian haram diberikan lesen dan geran tanah atas dasar hak dan asasi manusia di Dewan Rakyat baru-baru ini.”

“Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui telah menyeru semua pekebun yang menceroboh tanah kerajaan untuk terus berjuang hingga ke titik terakhir dan kemenangan pasti menjadi milik mereka serta dalam media lain juga beliau didapati berkata di Dewan Rakyat penceroboh ladang durian di Raub wajar diberikan lesen dan geran tanah atas dasar hak asasi dan manusia.”

Dalam masa sama, mereka juga memohon supaya pimpinan DAP yang terlibat dalam membantu dan menyokong penceroboh tanah Kerajaan ini disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.

Oleh yang demikian, kesemua wakil NGO dan PEMBELA menuntut pihak kerajaan Negeri Pahang dan pihak-pihak yang berkaitan agar dapat bertindak tegas pantas dan berani terhadap penceroboh durian haram Raub dan kepimpinan DAP yang terlibat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: