Antarabangsa

Penangkapan Durov, Rusia Tuntut Penjelasan Perancis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 30 OGOS 2024 – Seorang diplomat tinggi Rusia telah menyatakan bahawa kedutaan Rusia di Perancis telah membuat tuntutan meminta penjelasan pihak berkuasa Perancis bagi menyatakan sebab-sebab penangkapan CEO dan pengasas Telegram, Pavel Durov.

Menurut media Perancis, Durov telah ditahan setelah mendarat di Lapangan Terbang Paris-Le Bourget pada Sabtu lalu dan telah dijadualkan untuk berada di mahkamah pada petang Ahad.

Pihak berkuasa Perancis dilaporkan telah mengeluarkan sebuah waran tangkap terhadap Durov dengan hujahan bahawa Telegram tidak mempunyai moderasi yang cukup yang membolehkan Telegram digunakan secara meluas oleh penjenayah.

Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad lalu, kedutaan Rusia telah mengatakan bahawa, “Sejurus selepas timbulnya berita penangkapan Durov, kami segera meminta pihak berkuasa Perancis untuk mendapatkan penerangan mengenai sebab penangkapan itu dan menuntut agar mereka memastikan Durov mendapatkan hak-hak beliau serta menyediakan akses konsulat terhadapnya”.

Namun, menurut diplomat itu, pihak Perancis masih belum membuat sebarang maklum balas terhadap tuntutan Rusia.

Ujarnya, “Pihak Perancis setakat ini masih mengelak daripada sebarang kerjasama berkenaan isu ini”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: