Tempatan

Rakyat Perlu Sedar, Bahaya CPTPP Bukan Kecil

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2023 – Rakyat Malaysia harus sedar bahawa CPTPP, satu perkara yang berbahaya dan bukan perkara kecil, perkara ini ditegaskan oleh Azlan Awang Felo Kanan, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di mana beliau menggesa semua pihak untuk tampil menyatakan bantahan.

“Jadi saya rasa perlu ramai partisipasi…” tambah beliau semasa sesi Perbincangan Rakyat Demi Malaiu 3.0 bertajuk “CPTPP: Penjajahan Alaf Baharu, Siapa Untung, Siapa Rugi?” yang berlangsung pada hari Isnin baru-baru ini.

BACA JUGA: 500 Ribu Pekerja Asing Bakal Dibawa Masuk

BACA JUGA: Insuran Umrah Turun Mendadak Kepada RM100

BACA JUGA: Persoal Teks Perlembagaan Persekutuan BM Yang Dilancarkan Agong, P.Ramasamy Ditegur

Tegasnya, Kerajaan juga digesa memperjelaskan dengan lebih terperinci sebarang bentuk pengecualian atau ‘safeguard’ yang diwar-warkan Kerajaan kerana isunya terlalu teknikal.

Beliau juga mengumumkan pihak NGO bakal menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Perdana Menteri pada hari Khamis, 19hb Januari 2023 ini dan menggesa mana-mana pihak yang berminat untuk turut bersama menyertai mereka kelak.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, Malaysia komited untuk melaksanakan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) malah tiada penilaian semula berhubung perjanjian tersebut.

Malah, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah pun menandatangani semua dokumen pentadbiran yang diperlukan untuk memastikan eksport dan import di bawah perjanjian tersebut dapat diteruskan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: