NGO

Skandal Tanah Islam: Satu Gerakan Rakyat Akan Diadakan – Haji Rashidi Haris

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 22 September 2021 – PEMBELA akan menggerakkan satu gerakan bersama rakyat membongkar pencerobohan ke atas mana-mana tanah-tanah kerajaan terutamanya milik jabatan Islam oleh mana-mana pihak.

Menurut Ketua Media PEMBELA Haji Rashidi Haris, isu tanah masjid bertukar kepada kuil Hindu dan pemindahan hak milik tanah kubur Islam kepada bukan Islam telah menimbulkan pelbagai persoalan.

“Bagi umat Islam seluruh negara, insiden ini membuka mata banyak pihak terutamanya yang ada kaitan dengan jabatan dan majlis agama sebab jabatan dan majlis agama terkait dengannya. Antara persoalannya; Apakah ada berlaku rasuah di kalangan kakitangan berlatarbelakang agama?” ujarnya yang juga Ketua Aktivis MUAFAKAT.

Persoalan kedua yang timbul adalah, “Melihat kepada senario yang berlaku mengikut urutan tarikh dan lokasi serta ADUN yang terbabit, seolah-olah menggambarkan ada perancangan sulit dan halus oleh pihak tertentu yang merancang mahu mengubah beberapa status tanah milik umat Islam kepada bukan Islam. Ini kerana kedua-dua ADUN yang terkait adalah daripada parti yang sama dan kedua-duanya adalah pimpinan parti politik DAP”.

Susulan itu, MUAFAKAT, yang merupakan salah satu NGO di bawah naungan PEMBELA ingin mengingatkan dan mengajak semua umat Islam sama-sama mempertahankan kepentingan umat Islam.

“Apabila sesuatu yang melibatkan kepentingan Melayu-Islam, wajib dan menjadi tanggungjawab kita mempertahankannya. Islam tidak akan cemerlang melainkan umatnya bersatu mempertahankannya.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button