Tempatan

Kerja Dengan XYZ, Pakai Baju XYZ, Tapi XYZ Tak Mengaku Anda Pekerjanya. Adil Ke?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 04 Disember 2021 – Ketua Media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Haji Rashidi Haris mempersoalkan di mana keadilan dan pembelaan daripada kerajaan untuk para rider yang ditindas.

“Tak pelik ke… anda memakai uniform syarikat XYZ, bawa bag lambang XYZ, guna pakai system XYZ dan bekerja membantu menaikkan nama dan keuntungan untuk syarikat XYZ… tetapi ANDA BUKAN PEKERJANYA?”

Kata Haji Rashidi, isu ini sudah lama. Tuntutan berterusan juga terus-menerus dilakukan oleh persatuan kumpulan pekerja P-Hailing ini. Namun, sehingga hari ini tiada yang ambil peduli.

“Seperti biasa mereka mengadu kepada PEMBELA mengharapkan pembelaan daripada Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam. Usah diharap kepada parti hatta parti yang dulunya war-war sana sini atau canang sana sini kononnya jaguh menegak dan bercakap tentang KEADILAN pun, apabila berkuasa langsung tidak ambil peduli dan berlaku adil terhadap mangsa pekerja syarikat XYZ yang bukan pekerja XYZ!” kata beliau.

Tambah Ketua Media PEMBELA itu lagi, lebih sedih, ramai rider mati dan cacat akibat kemalangan semasa bekerja membuat penghantaran, tetapi kematian mereka langsung tidak terbela walaupun menteri pernah berkata bahawa golongan P-Hailing juga adalah petugas barisan hadapan.

“Sedihnya ramai rider mati dan cacat akibat kemalangan semasa bekerja membuat penghantaran, menteri juga pernah berkata bahawa golongan P-Hailing juga adalah Frontliner.! Tapi bila berlaku kematian kenapa mereka tidak terbela… alasannya TIDAK ADA AKTA?”

Peliknya masih ramai rakyat yang tidak mahu berfikir, rakyat dilihat seolah-olah tidak kisah mereka ini terus menerus ditipu lagi dan lagi, kata Haji Rashidi.

“Membela nasib rakyat? Suka atau tidak kita terpaksa tunggu apabila sudah dekat nak pilihan raya nanti huhu,” ujar beliau mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: