Tempatan

Ambil Dos Penggalak, Atau Status Vaksinasi MySejahtera Ditukar Tidak Lengkap – KJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 17 Disember 2021 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendesak semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac yang berusia 18 tahun ke atas pergi mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum Februari 2022.

Manakala individu yang berusia 60 tahun ke atas yang telah lengkap vaksinasi tanpa mengira jenis vaksin juga perlu mendapatkan suntikan dos penggalak dalam tempoh masa yang sama, menurut beliau lagi.

“Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap.

Khairy Jamaluddin menegaskan, setelah status vaksinasi MySejahtera individu-individu tersebut diubah kepada tidak lengkap, mereka tidak lagi layak untuk menerima kemudahan-kemudahan yang dinikmati oleh penerima dos lengkap vaksin.

“Individu terbabit tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19,” tegas beliau di sidang Parlimen baru-baru ini.

“Keperluan itu adalah bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap dan cadangan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19-Booster (CITF-B) pada 8 Disember lalu.”

“Sehubungan itu, individu dalam kumpulan yang dinyatakan di atas iaitu semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac dan individu berusia 60 tahun ke atas perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari 2022,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: