Rebus Umat Islam Seperti Katak: Rakyat Kecewa Dengan Kerajaan
Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
KUALA LUMPUR, 29 April 2021 – Samudera.my membuat tinjauan komen pembaca di Facebook Pengerusi PEMBELA, Hj Aminuddin Yahaya di bawah posting ulasannya mengenai video kontroversi bertajuk “Projek 25 Tahun Kristian Di Malaysia: Rebus Umat Islam Seperti Rebus Katak” yang dimuat naik oleh page Facebook Hud-Hud Crew.
Berdasarkan tinjauan, rata-rata pengguna Facebook meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan yang dilihat tidak melakukan apa-apa tindakan bagi melindungi kesucian agama Islam di bumi Malaysia.
Menurut seorang pengguna Facebook bernama Muhd Muhd, beliau mempersoalkan ke mana hilangnya suara politik Islam dalam isu ini selain mahu pihak berkuasa melakukan pendakwaan jika video tular itu benar.
“Tahan, siasat dan buat pendakwaan jika benar. Lepas satu satu Islam diperlekehkan. Mana pergi hilang suara pol1t1k Islam. Takut hilang sokongan dlm pru15 lebih dari takut kpd tanggung jwb sbg pemimpin yg akan dipersoalkan di hadapan Allah swt diakhirat esok?”
Begitu juga dengan Sheikh Abdul Hady yang meluahkan kekecewaannya terhadap kerajaan yang dilihat hanya mendiamkan diri, berbeza ketika mereka menjadi pembangkang dahulu.
“melampau..kerajaan hari ni macam dah hilang taring..isu2 panas semua didiamkan..tak macam masa jadi pembangkang dulu..kecewa sangat kecewa..tunggulah saat nanti di alam sana”
Rumainor Sarif juga senada dengan pengguna Facebook lain dalam hal ini.
“Yang hairannya tiada seorang pun pemimpin Melayu Islam yg bersuara membantah. Kalau statement macam ini datangnya daripada orang Islam laju saja pemimpin2 non Muslim membantah hatta membuat laporan Polis. Penyakit buta tuli bisu (BTB) makin parah rupanya.”
Dan Jang Disini pula berkata, “Pemimpin Melayu takut kehilangan jawatan…maka mereka rela memilih diam untuk meraih sokongan politik bangsa lintah darat nin”
Bagi Amir Mohd Yusof, beliau meluahkan kekesalan kerana umat Islam Malaysia takut menegur dan memberi amaran kepada orang kafir. Kerana itulah ramai orang kafir menghina Islam.
“Kalau lah zaman sekarang ni di Malaysia Ada org spt Saidina Umar Al Khattab garenti org2 kafir tidak berani menghina Islam sebab Saidina Umar org yg berani Dan tegas mempertahankan Islam…sedangkan kita org Islam di Malaysia sangat takut utk menegur ,memberi amaran kpd org2 kafir jgn menghina Islam..Itu sebab byk Kali org2 kafir di Malaysia menghina Islam tapi tiada tindakan terhadap mereka..”