Tempatan

Tutup Kes Adib: Gerakan Sivil Islam Amat Kecewa & Marah Dengan Pengumuman Zuraida – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 29 September 2021 – PEMBELA menzahirkan rasa marah, terkejut dan kecewa di atas kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi yang menyatakan kes kematian Adib ini ditutup dan hanya akan dibuka semula jika terdapat bukti baru.

Bagi Pengerusi PEMBELA, Hj Aminuddin Yahaya, ia telah menimbulkan pelbagai persoalan antaranya mengapa Zuraida Kamaruddin yang mengeluarkan kenyataan ini dan apakah ini kenyataan rasmi pihak berkuasa?

“PEMBELA menerima banyak maklum balas daripada pelbagai NGO, pengamal undang-undang dan orang awam yang berasa amat kecewa dan marah dengan pengumuman yang dibuat oleh YB Zuraida Kamaruddin berkenaan dengan isu ini.”

Tambah Aminuddin, sukar dipercayai bahawa pihak polis tidak dapat mencari bukti dan mengesan pesalah pada zaman teknologi yang serba canggih kini.

“Pelbagai pengakuan serta video dan gambar telah diambil oleh pelbagai pihak semasa kejadian; di manakah bukti-bukti ini?”

Ujarnya lagi, kes Adib adalah isu keadilan untuk seorang penjawat awam, bukan isu biasa apatah lagi isu perkauman.

“Pihak mahkamah koroner melalui keputusan inkues juga telah menyatakan dengan jelas terdapat bukti Adib dipukul, setelah mendengar hujahan dari puluhan saksi dan melihat pelbagai bukti yang wujud di tempat kejadian. Pelik sungguh jika kes ini ditutup begitu sahaja.”

Sehubungan itu, PEMBELA akan berusaha bersama dengan pelbagai pihak termasuk dengan keluarga allahyarham Adib bagi mengorak langkah tindakan seterusnya yang harus diambil bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button