Tempatan

Pesuruhjaya SUHAKAM Dilantik sebagai AJK Di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGI, 29 Mac 2022 – Gerakan Pengundi Sedar mempersoalkan bagaimana seorang yang tidak menyebelahi Islam dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

“Baru sahaja sebulan yang lalu beliau keluar kenyataan yang tidak menyebelahi Islam dalam isu aqidah anak mualaf. Sebulan selepas itu dilantik dalam Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) terus?”

Individu yang dimaksudkan itu ialah Prof. Dato’ Noor Aziah Binti Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak Malaysia di bawah SUHAKAM.

Gerakan Pengundi Sedar dalam hantaran di Facebooknya turut menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menjelaskan mengenai pelantikan tersebut.

“Menteri Agama, YB Idris Ahmad apa cerita ni?”

Hantaran tersebut turut dikongsi oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dengan kapsyen, “Parah. Bukan biasa-biasa rupanya.”

Sebelum ini, Profesor Dato’ Noor Aziah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu anak mualaf dengan menegaskan bahawa penukaran agama secara sepihak adalah bertentangan dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau yang juga Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), persetujuan kedua ibu bapa adalah perlu dalam menentukan agama anak.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Dato’ Noor Aziah telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang berkuat kuasa bagi sesi Januari 2022 sehingga Disember 2023, memetik laman Facebook rasmi Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button