Tempatan

Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan Bakal Dicabar Di Mahkamah Persekutuan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KELANTAN, 18 Oktober 2022 – Dua individu beragama Islam pada 30 September baru-baru ini telah mendapatkan kebenaran oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, untuk mencabar lebih kurang 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan.

Menurut laporan, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman telah memfailkan permohonan tersebut pada 25 Mei lalu.

Permohonan tersebut adalah di bawah peruntukan Perkara 4(4) Perlembagaan yang membenarkan keabsahan mana-mana undang-undang dipersoalkan di Mahkamah atas alasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak berkuasa membuat undang-undang berkenaan.

21 peruntukan yang dicabar tersebut termasuk:

1. Seksyen 5 (dakwaan palsu);

2. Seksyen 11 (memusnahkan tempat ibadat);

3. Seksyen 13 (menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam atau orang Islam yang keji akhlaknya);

4. Seksyen 14 (liwat);

5. Seksyen 15 (hukuman liwat);

6. Seksyen 16 (seks dengan mayat);

7. Seksyen 17 (seks dengan bukan manusia);

8. Seksyen 30 (kata-kata yang boleh memecah keamanan);

9. Seksyen 31 (gangguan seksual)

10. Seksyen 34 (memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan, maklumat atau pernyataan palsu)

11. Seksyen 36 (apa-apa yang mengkhayalkan);

12. Seksyen 37 (berjudi);

13. Seksyen 39 (mengurangkan ukuran, sukatan, dan timbangan);

14. Seksyen 40 (melakukan transaksi muamalat yang berlawanan dengan hukum syarak);

15. Seksyen 41 (melakukan transaksi muamalat secara riba dll.);

16. Seksyen 42 (penyalahgunaan penandaan dan perbahasan halal);

17. Seksyen 43 (menawar atau memberi perkhidmatan maksiat);

18. Seksyen 44 (perbuatan sebagai persediaan untuk menawarkan atau memberi perkhidmatan maksiat);

19. Seksyen 45 (perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan maksiat);

20. Seksyen 47 (sumbang mahram);

21. Seksyen 48 (muncikari);

Pengurusan kes dijadualkan pada 14 November ini, di mana kedua-dua pemohon diwakili oleh Datuk Malik Imtiaz Sarwar, manakala Kerajaan Negeri Kelantan pula diwakili oleh penasihat perundangan, Adam Mohamed.

Kedua-dua pemohon dilaporkan menetap di Kuala Lumpur, namun sering ke Kelantan, dan Tengku Yasmin Natasha pula mempunyai alamat penetapan di Kelantan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: