PRU-15

Selepas Pahang, Perlis Juga Bubarkan DUN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANGAR, 14 Oktober 2022 – Selepas Pahang, Perlis turut membubarkan Dewan Undangan Negerinya berkuat kuasa hari ini.

“Alhamdulillah baginda telah memberi perkenan dan tarikh pembubaran DUN berkuat kuasa hari ini,” kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dalam sidang media hari ini.

Tambahnya, pembubaran itu telah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Jadi PRU Negeri akan diadakan serentak dengan PRU-15 dan kita akan serahkan segala urusan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk membuat tindakan sewajarnya,” kata Datuk Seri Azlan.

Samudera.my melaporkan, awal pagi tadi, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berkuat kuasa pada Jumaat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: