Tempatan

Peguam Harap Permohonan Klien Tinggalkan Islam Bakal ‘Kukuhkan’ Kebebasan Beragama

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 April 2022 – Fahri Azzat, peguam, menyatakan bahawa dia berharap permohonan anak guamnya di Mahkamah Tinggi untuk meninggalkan Islam akan menjadi sebuah ‘tanda’ yang mengukuhkan hak kebebasan beragama dalam kalangan orang Islam.

“Saya harap ini adalah kes yang akan mengukuhkan bahawa wujudnya kebebasan beragama bagi orang Islam juga,” ujarnya seperti yang dilaporkan The Vibes.

BACA: Bapa Tidak Berhak Tukar Agama Anak-Anak – Nazri Aziz

BACA: Isu Anak Mualaf: Arun Dorasamy Disiasat Polis

BACA: Keluarga Sokong Anak Loh Peluk Islam Walaupun Mereka Beragama Hindu – Firdaus Wong

Menurutnya, anak guamnya, seorang wanita berumur 32 tahun, telah memohon di Mahkamah Syariah untuk meninggalkan Islam atas alasan dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam, namun permohonannya ditolak.

Mahkamah Syariah memberikan alasan bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjaminkan kebebasan beragama tidak terpakai secara keseluruhan terhadap orang Islam.

Tambahnya lagi, wanita tersebut turut mendakwa bahawa dia seringkali mengambil makanan yang haram seperti babi dan minuman keras.

Ulasnya, wanita tersebut turut menjelaskan bahawa kedua ibu bapanya (yang telah bercerai) tidak pernah mengamalkan ajaran Islam dan menyerahkan kepadanya pilihan untuk menganuti mana-mana agama.

Dari itu, anak guamnya memilih untuk menganut agama Konfusianisme dan Buddha, di mana ibu dan teman rapatnya telah memberikan keterangan tentang anutan agamanya di Mahkamah Syariah.

Mahkamah Tinggi dijangka akan memutuskan sama ada wanita tersebut dibenarkan untuk meninggalkan Islam pada 27 April akan datang.

Leave a Reply

Back to top button