Tempatan

Tahfiz Akan Terus Pupus Jika Undi Calon Munafik – Cikgu Izzat

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2021 – “Kepada orang Melaka amnya dan khususnya rakyat Malaysia sedarlah kalau anda terus mengundi ahli-ahli politik munafik, Insya Allah, sekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah tahfiz akan terus pupus dalam Malaysia,” kata Naib Pengerusi PEMBELA Haji Mohd Nor Izzat Mohd Johari.

Ujarnya, saban kali hendak diadakan pilihan raya umum (PRU) ataupun pilihan raya negeri (PRN), pihak kerajaan semasa sama ada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) ataupun Pakatan Harapan (PH) pasti akan bertungkus-lumus membantu sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini.

“Sejurus selepas kemenangan BN, maka peruntukan untuk 10 buah sekolah vernakular diluluskan. Perkara yang sama juga berlaku di Tanjung Piai di mana peruntukan diberi kepada sekolah vernakular sejurus kemenangan di Tanjung Piai.”

“Pengajarannya di sini kepada rakyat ialah, janganlah lagi dipermainkan dan diperbodohkan oleh orang politik yang sedang gila kuasa sekarang,” kata beliau yang dikenali dengan panggilan Cikgu Izzat Johari.

Oleh itu, beliau menyeru semua rakyat untuk tidak lagi membuat pilihan yang salah.

“Kita nak minta jasa baik semua rakyat, tolonglah, jangan lagi dipilih orang yang salah dan kalau boleh gunakanlah calon-calon baru, maknanya yang tidak pernah ada di dalam senarai parti-parti yang ada sekarang ini.”

“Jangan beri muka lagi kepada parti-parti yang kononnya nak memperjuangkan Melayu.”

Tambah beliau, “Kita bukan tidak ada calon lain. Kita ada PUTRA dan PERKASA dan calon-calon baru, berilah parti-parti baru ini menang. Barulah kita tahu siapa sebenarnya kuasa rakyat.”

Menurut Cikgu Izzat, sebenarnya, kita sebagai rakyat yang bersalah selama ini kerana meletakkan nilai undi kepada calon yang tidak sepatutnya.

Maka, sudahlah-sudahlah menjadi rakyat dan pengundi yang tidak bertanggungjawab dengan tersalah memilih calon munafik yang serupa setiap kali pilihan raya.

“Kita kena fikir sedalam-dalamnya, ini baru isu sekolah vernakular, belum masuk lagi isu PATI, isu pendatang tanpa izin yang kini sedang diwujudkan pula ‘Little Daka’ pula di Kuala Lumpur sekarang ini.”

“Saya sangat berharap kalaulah boleh, rakyat tolonglah kembalikan kuasa kepada rakyat. Jangan sesekali berkompromi dengan mana-mana parti politik yang belot terutamanya ahli-ahli politik yang munafik,” tegas beliau mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button