“Duit Yang Sama Berulang-Ulang” – Lelaki Persoal ‘Jualan’ NFT Tony Pua?
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 08 September 2022 – Seorang lelaki dengan nama Facebooknya Zayed Zulkifli seperti mempersoal keuntungan yang diperolehi oleh kejayaan penjualan 8,888 NFT Langkah Sheraton Painting minted oleh Tony Pua.
Katanya, menurut siasatan transaksi Non-Fungible Token (NFT) yang dilakukan oleh pengguna Twitter dengan nama @pedagang_eth terhadap akaun NFT Langkah Sheraton itu mendapati terdapat 148 pemilik NFT. Namun apabila disiasat, dakwa lelaki itu, 94 daripada jumlah berkenaan adalah kepunyaan pemilik projek itu sendiri iaitu Langkah Sheraton NFT.
Menurut @pedagang_eth di laman Twitternya “Langkah Sheraton NFT baru-baru ini mengumumkan mereka berjaya mengumpul RM1.3 juta melalui 8,888 NFT. Tetapi hanya 148 pemegang. Ada yang tidak kena.”
“Langkah Sheraton NFT” recently announced they managed to raise RM1.3 million (US$288,000) through the sale of 8,888 NFTs.
But there were only 148 holders. Something is amiss.
I checked the on-chain transactions…
.. and I didn’t like what I saw. pic.twitter.com/8XvBSLNJbM
— pedagang.eth (PG) | !SKULLS (@pedagang_eth) September 6, 2022
“Saya secara logiknya yakin bahawa sangat sedikit atau tiada dana yang diperolehi pada blockchain itu sendiri.”
Here’s a TLDR:
#1 – I am reasonably confident that very little or no funds were raised on the blockchain itself
#2 – Out of 148 holders, I speculate around 94 wallets are the project owner’s
#3 – I question the methods used for this NFT sale
— pedagang.eth (PG) | !SKULLS (@pedagang_eth) September 6, 2022
Kata Zayed “Awal transaksi NFT ini nampak macam ok di mana sebanyak 16k MATIC berjaya dikutip (lebih kurang USD14k). Menjadi pelik bila project funder withdraw 13k dari 14k dan mengagihkannya kepada 9 wallets sebanyak USD9400 NFT minting 195. Kitaran ini berulang untuk transaksi berikutnya,”
“USD23k dikeluarkan dan diedarkan kepada 6 wallets USD15k 409 NFT minting. Kitaran ini berulang lebih 9 kali minting lebih kurang 7700++ NFT (dari jumlah 8888 NFT yang ditempa-minting).
“Maksudnya duit yang sama berulang-ulang.”
“Adakah ini manipulasi nak tunjuk ia mendapat sambutan?” soal Zayed lagi.
Menurut laman web Langkah Sheraton NFT Project https://www.langkahsheraton.com/about, Langkah Sheraton NFT tidak seperti kebanyakan seni NFT di pasaran yang keseluruhannya digital. Sebaliknya, karya seni daripada Langkah Sheraton NFT ini merupakan lukisan minyak bersaiz 120cm x 160sm karya Tony Pua yang merakamkan detik-detik yang membawa kepada pengkhianatan bersejarah oleh ahli gabungan HARAPAN pada Februari 2020 yang mengakibatkan kejatuhan kerajaannya selepas 22 bulan mentadbir, menurut laman web tersebut.
Laman web itu juga menyatakan, hasil jualan Langkah Sheraton NFT ini akan disalurkan kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang juga menjadi sebahagian daripada dana kempen untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.