Tempatan

Pengeluaran KWSP RM10,000 Dibenarkan – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 16 Mac 2022 – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 dalam sidang media khas sekitar jam 1.30 petang tadi.

Menurutnya lagi, meskipun KWSP melibatkan simpanan hari tua rakyat, keputusan sukar ini terpaksa diputuskan setelah mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak.

“Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.”

“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan,” kata beliau.

Beliau menjelaskan, pengeluaran khas ini merupakan inisiatif untuk mengimbangi antara keperluan mendesak dan simpanan masa hadapan.

Penjelasan lanjut akan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: