Tempatan

Kereta Pengguna Terlibat Insiden Tumpahan Minyak, SUKE Tanggung Kos Cuci

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Oktober 2022 –  Pihak Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) memohon pengguna yang kenderaan mereka terkena tumpahan minyak daripada Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) yang masih dalam pembinaan untuk tampil menghubungi mereka bagi urusan cuci dan gilap.

“Kami memohon agar mereka yang terlibat dalam insiden itu untuk menghubungi kami melalui hotline atau email untuk tindakan selanjutnya,” kata SUKE dalam laman Twitter rasmi mereka baru-baru ini.

Beberapa hari lalu, seorang pengguna media sosial mengajukan persoalan kepada pihak SUKE selepas keretanya terkena lelehan minyak tar sewaktu melalui jalan ke arah Sungai Besi.

“Kereta saya kena tar masa lalu shell TBS arah Sg Besi tadi sekitar jam 2PM. Ada jugak pengguna lain yang terkena. Macam mana nak claim?”

Susulan itu, pihak SUKE telah berhubung dengan mereka yang terlibat dan menanggung kos mencuci dan menggilap kenderaan yang terbabit.

SUKE juga mahu mereka yang terkesan untuk menghubungi sama ada Hotline SUKE di 1-300-88-9922 atau emel ke [email protected].

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: