Tempatan

Menteri KKM Jawab Kritikan Inisiatif Tuala Wanita

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2022 – Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menjawab kritikan berkaitan isu pemberian tuala wanita percuma yang dimulakan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah disebabkan mahu melihat aspek pengoperasian serta maklum balas segera terlebih dahulu.

Beliau yang menjelaskan perkara tersebut dalam satu hantaran di Facebooknya juga berkata, sekiranya perkara tersebut dilihat keberkesanannya serta berjaya, maka ia akan diperluaskan ke fasiliti-fasiliti kesihatan yang strategik serta melibatkan orang awam.

Dr Zaliha Mustafa juga memaklumkan bahawa beliau mengambil maklum di atas kekeliruan dan berterima kasih atas pandangan orang ramai mengenai kenyataannya yang menyentuh pemberian tuala wanita secara percuma di Ibu Pejabat KKM terlebih dahulu.

Baru-baru ini, keputusan Menteri Kesihatan mewujudkan inisiatif pemberian tuala wanita percuma yang bermula di Ibu Pejabat KKM menimbulkan pelbagai reaksi pengguna di laman sosial, antaranya aplikasi TikTok.

Pemilik akaun @kakyongtfm mempersoalkan, “kenapa nak letak dekat tandas pejabat menteri, ada berapa sahaja pejabat menteri di Malaysia ini. Kenapa tak ada execution yang lebih bijak?”

Menurut @ratunaga pula, “Adham Baba pun nampak lagi pandai. Atleast, dia minta orang minum air suam, tak adalah teruk sangat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: