Tempatan

RM145 Bilion KWSP Dikeluarkan Semasa Era Covid-19 Dedah Kementerian Kewangan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Februari 2023 – Kementerian Kewangan mendedahkan, sebanyak RM145 bilion telah dikeluarkan daripada akaun 8.1 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semasa era wabak COVID-19 dahulu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Kerajaan tidak bercadang membenarkan pekerja membuat pengeluaran khas daripada akaun KWSP berikutan sejumlah besar wang yang keluar ketika pentadbiran negara sebelum ini.

Katanya, “Pertama, COVID-19 sudah berakhir. Kalau kita lihat moratorium, pinjaman bayaran balik sudah tiada, satu lagi subsidi khas dan gaji sudah tiada.”

Beliau turut menjelaskan alasan mengapa Kerajaan tidak membenarkan pekerja mengakses akaun KWSP mereka.

BACA JUGA: Rejim Haram Israel Beli Pulau Di Negara Islam, Cetus Kecaman Aktivis

BACA JUGA: Sekular & Pluralisme Dalam Dasar Madani, Ketua Pembangkang Tuntut Dasar Jelas

BACA JUGA: Ribuan Warga Turkiye Jemput Mangsa Gempa Tinggal Di Rumah Mereka

Ujar Ahmad Maslan, median simpanan rakyat Malaysia telah menyusut sebanyak 20 peratus iaitu daripada RM16,600 pada 2019 kepada RM8,100 pada tahun lepas.

Tegasnya, hari ini, 51.5 peratus iaitu kira-kira 6.7 juta orang daripada lebih 13 juta ahli KWSP, berumur 55 tahun ke atas dan mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.

“Inilah sebabnya kami tidak boleh membenarkan lebih banyak pengeluaran,” ujar Ahmad Maslan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: