Antarabangsa

Tentera Pelampau Hindu Edar Pedang Lindungi Nupur Sharma

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 21 Jun 2022 – Tentera Pelampau Hindu bertindak mengedarkan pedang sebagai perlindungan kepada Nupur Sharma dan Naveen Kumar Jindal, dua individu yang telah mengeluarkan kenyataan hina terhadap Nabi Muhammad S.A.W baru-baru ini.

Menerusi ciapan seorang wartawan tempatan, Zakir Ali, pedang itu diedarkan bagi melindungi Nupur Sharma dan Naveen Kumar Jindal yang keduanya merupakan ahli politik Parti Bharatiya Janata (BJP) dan telah mengeluarkan kenyataan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

Zakir berkata, tentera pelampau Hindu bertindak sedemikian sebagai tanda sokongan kepada dua individu berkenaan sekali gus mengatakan, “Pedang-pedang ini diedarkan untuk melindungi”.

Dalam ciapan tersebut, wartawan itu menyeru akaun rasmi polis Delhi dan juga akaun pejabat Menteri Dalam Negeri India serta menegaskan bahawa tindakan ini sedang berlaku di ibu negara, Delhi.

Tindakan tersebut turut mendapat tentangan sebuah agensi media, Sharp Media Network menerusi ciapan mereka,

“Hindu Sena telah mengedarkan pedang kepada Nupur Sharma dan Naveen Jindal di Rajouri Garden, Delhi atas alasan untuk melindungi agama. Tiada undang-undang untuk mereka, tiada tindakan akan dikenakan terhadap mereka? Skim #Agneepath sebenarnya bukan untuk negara tetapi untuk Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS)- sebuah organisasi nasionalis Hindu.”

Terkini, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dimaklumkan telah menghantar wakil khasnya untuk bertemu Perdana Menteri India Narendra Modi bagi menyampaikan sendiri pandangan Malaysia mengenai isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. kepada kerajaan India.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: