Antarabangsa

Jakarta Laksana Pemvaksinan COVID-19 Berbayar Bermula 2024

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 31 Disember 2023 – Agensi Kesihatan Jakarta akan mula melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar bermula 1 Januari 2024 ini.

Ketua agensi tersebut, Ani Ruspitawati justeru merayu penduduk yang belum melengkapkan vaksinasi sehingga dos kelima agar segera mengunjungi kemudahan perkhidmatan kesihatan kerajaan yang berhampiran sementara vaksin masih percuma.

“Mulai 1 Januari 2024. Orang ramai perlu membayar vaksin COVID-19 mereka sendiri,” kata beliau, baru-baru ini.

Menurut laporan, vaksin berbayar akan dilaksanakan pada semua dos tetapi vaksin percuma akan terus diberikan kepada beberapa kumpulan rentan termasuk warga emas.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan harga vaksin, mekanisme dan perkhidmatannya dengan mendakwa bahawa perkara tersebut masih menunggu peraturan daripada Kementerian Kesihatan.

Kata beliau, sehingga penghujung 2023 ini vaksinasi percuma masih boleh didapati di semua pusat kesihatan sub-daerah di ibu negara.

Pada Jun lalu, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengingatkan bahawa kerajaan tidak lagi akan menampung rawatan perubatan untuk pesakit COVID-19 selepas perubahan status daripada pandemik kepada endemik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: