Tempatan

“SOP solat Jumaat adalah hak negeri” – Menteri Agama

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TAIPING, 04 Mac 2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya menghormati ketetapan SOP yang dibuat kerajaan negeri Selangor yang hanya membenarkan jemaah lengkap dua dos vaksin Covid-19 dan dos penggalak untuk menunaikan solat Jumaat di masjid serta surau di negeri itu.

“Penentuan hal ehwal agama semua ini milik Majlis Agama Islam Negeri, KKM tidak mengarahkan tetapi itu keputusan setiap negeri.

“Mesyuarat kabinet baru-baru ini juga tidak mengeluarkan arahan. Saya tidak boleh campur tangan dan kena hormat keputusan tersebut kerana ia hak negeri itu,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Kawasan Bukit Gantang 2022 kepada 50 pelajar pada Ahad.

Sebelum ini, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di masjid juga ditetapkan mengikut negeri sebagai contoh bilangan jemaah solat Jumaat di Selangor dihadkan kepada 12 orang berbeza di negeri lain membenarkan bilangan jemaah lebih ramai.

Melalui akaun Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), memaklumkan SOP itu hanya terpakai di Selangor manakala negeri lain masih tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Jabatan Agama Islam Selangor melalui surat pekeliling bertarikh 21 Februari menetapkan syarat bahawa jemaah perlu menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak bagi membolehkan mereka hadir menunaikan Solat Jumaat mulai 25 Februari lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: