Tempatan

Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERLIS, 31 Januari 2022 – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dalam mengulas tentang dos ketiga di akaun Twitter beliau, menyatakan bahawa masyarakat perlu memastikan keselamatan diri dan melakukan ‘istikharah’ dahulu sebelum membuat keputusan.

“Dos ketiga, mungkin membawa kebaikan atau mungkin juga pembaziran dan penderitaan. Pastikan keselamatan diri sebelum melangkah pergi. Istikharah dahulu sebelum keputusan diambil,” ujar beliau dalam sebuah ciapan pada Khamis lalu.

Mufti tersebut juga menyifatkan dos pertama dan kedua sebagai sebuah “keperluan” dalam hantaran yang sama.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Vaksin AstraZeneca Ada Babi: Malaysia Akan Kaji Bahan Dalam Vaksin

“Dos 1 & 2 keperluan,” ujar beliau sebelum mengulas tentang dos ketiga seperti yang disebutkan di atas.

Ciapan tersebut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna internet, ada yang berkongsi kerisauan, dimana terdapat sebuah ciapan yang berbunyi:

“Jadi risau pula, harini parents booster.”

Tidak kurang juga yang mempertikaikan kenyataan Mufti tersebut, dimana sebuah ciapan lain menyatakan:

“Anda lebih tahu untuk tidak membuat sebarang komen tentang sesuatu yang anda tiada kepakaran.”

Terdahulu, ayah Mufti berkenaan telah dimasukkan ke hospital akibat daripada serangan strok susulan pengabilan dos ketiga. Melalui laman Instagram beliau, Dr. Mohd Asri menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengkaji kesan dos penggalak kepada pengguna.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: