Tempatan

YDPA Jalani Rawatan Susulan Di IJN

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Januari 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan di Wad Diraja Institut Jantung Negara (IJN) selama beberapa hari bermula 20 September 2022.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin melalui kenyataan media Istana Negara memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda harus menjalani rawatan susulan intervensi selepas keputusan pengimejan MRI Seri Paduka Baginda didapati berlakunya kecederaan pada sendi-sendi lutut dan buku lali semasa bersukan.

Rawatan tersebut telah ditangguhkan sejak 24 September 2020 susulan daripada pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 yang melibatkan hospital-hospital awam termasuk IJN.

“Pada masa yang sama, Seri Paduka Baginda juga turut berkenan menjalani pemeriksaan respiratori di IJN.”

Secara keseluruhannya, kesihatan Seri Paduka Baginda berada dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan. Seri Paduka Baginda dijadualkan akan berangkat pulang dan kembali bersemayam di Istana Negara setelah selesai menjalani rawatan.

Leave a Reply

Back to top button