Tempatan

Hina Nabi: Malaysia Hantar Wakil Khas Bertemu Perdana Menteri India

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 20 Jun 2022 – Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dimaklumkan telah menghantar wakil khasnya untuk bertemu Perdana Menteri India Narendra Modi bagi menyampaikan sendiri pandangan Malaysia mengenai isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. kepada kerajaan India.

Perkara itu disampaikan oleh Menteri Luar Negeri Dato’ Sri Saifuddin Abdullah dalam satu sidang media yang dilaporkan oleh Astro AWANI.

Walau bagaimanapun, menurut Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, setakat ini wakil khas Perdana Menteri Malaysia tersebut belum lagi dapat mengadakan pertemuan secara rasmi dengan Perdana Menteri India.

Dalam sidang media tersebut, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah memaklumkan bahawa Kementerian Luar Negeri juga telah memanggil Pesuruhjaya India di Kuala Lumpur ke Wisma Putra bagi menyampaikan nota protes berkaitan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. pada 7 Jun lalu.

Pada 10 Jun lalu, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), UMMAH dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan India di Malaysia dan himpunan membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. di hadapan bangunan Kedutaan India di Malaysia, Wisma HRIH Lotus, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

“Pagi tadi kita telah menghantar, kita telah masuk ke pejabat. Kita dah dibenarkan masuk. Tetapi kedutaan ini, menghalau kita keluar buta-buta! Tidak mahu menerima memo kita! Rakyat dalam negara menghantar secara baik, dihalau macam anjing kurap! Nampak tuan-tuan, biadab mereka ini!” kongsi Ustaz Masridzi Sat, Presiden PERKID merangkap Naib Presiden Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), merakamkan kekecewaan beliau dengan sikap Pejabat Kedutaan India yang tidak menghormati hak kebebasan bersuara kumpulan NGO Islam Malaysia yang mahu menghantar memorandum bantahan secara aman.

Leave a Reply

Back to top button