Tempatan

Penduduk Bumiputera Meningkat 21.13 Juta, 64.8% Berpendidikan Menengah & Ke Bawah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 07 Disember 2022 – Jumlah penduduk Bumiputera dianggarkan meningkat kepada 21.13 juta orang pada tahun ini, dengan 64.8 peratus daripada statistik itu berpendidikan peringkat menengah dan ke bawah.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Statistik Bumiputera 2022 melaporkan, jumlah Bumiputera meningkat dengan kadar pertumbuhan sebanyak 1.1 peratus berbanding tahun 2020 yang merekodkan seramai 20.90 juta rakyat Bumiputera.

Berdasarkan demografi, 10.69 juta orang adalah lelaki manakala 10.44 juta adalah di kalangan perempuan. Selain itu, jangka hayat bagi perempuan Bumiputera ketika lahir adalah lebih tinggi berbanding lelaki iaitu 74.7 tahun dan 70.5 tahun.

Punca utama kematian bagi golongan Bumiputera pada tahun 2021 pula adalah disebabkan jangkitan COVID-19 (17,654 kematian), penyakit jantung (13,563 kematian) dan pneumonia (10,914 kematian).

Turut dilaporkan mengenai tenaga buruh Bumiputera pada 2021 iaitu 9.26 juta orang, merangkumi 5.58 juta lelaki dan 3.68 juta perempuan dengan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) bagi Bumiputera meningkat kepada 65.8%.

Dari segi pencapaian pendidikan, hanya 35.2 peratus sahaja tenaga buruh Bumiputera mempunyai pendidikan tertiari.

Mengulas lanjut, DOSM menyatakan peningkatan kadar pengangguran di kalangan penduduk Bumiputera pada tahun 2021 iaitu sebanyak 5.0% berbanding 4.5% pada 2020.

Malaysia juga berjaya melahirkan siswazah Bumiputera seramai 3.63 juta orang pada 2021 (Lelaki: 1.63 juta, Perempuan: 2.0 juta). Bagaimanapun, KPTB siswazah Bumiputera lelaki tahun 2021 menurun kepada 87.3 peratus berbanding 88.5 peratus pada tahun sebelumnya. Peratus wanita pula meningkat kepada 81.9 peratus berbanding hanya 81.0% sahaja pada 2020.

Menurut perspektif kebajikan pula, bilangan Bumiputera yang berdaftar di institusi kebajikan am bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 2021 adalah seramai 3,228 orang.

Daripada jumlah tersebut, 1,402 orang ditempatkan di institusi kanak-kanak, 1,051 orang di institusi warga emas dan orang papa, manakala 495 di institusi Orang Kurang Upaya (OKU).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: