Antarabangsa

Berita Baik Penerima Sinovac, UK Terima Sebagai Divaksin Penuh – Kerajaan UK

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

LONDON, 10 November 2021 – Kerajaan United Kingdom telah mengeluarkan kenyataan rasmi memperakui penerima vaksin Sinovac untuk masuk ke negara mereka sebagai pelawat.

“Bermula jam 4 pagi 22 November, hari Isnin kerajaan akan memperakui vaksin-vaksin dalam Senarai Kegunaan Kecemasan (EUL) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Hasilnya, Sinovac, Sinopharm Beijing dan Covaxin akan ditambahkan dalam senarai vaksin kami yang diluluskan untuk perjalanan masuk, memberi kelebihan kepada lebih ramai penerima vaksin penuh yang datang dari negara seperti Emiriah Arab Bersatu, Malaysia dan India,” kata kerajaan UK dalam laman web rasmi mereka.

“Penerima vaksin Sinovac kini dikira sebagai telah divaksin penuh oleh UK. Kini dikecualikan daripada kuarantin,” demikian ciapan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin di laman Twitternya.

Tambah kerajaan UK, penumpang-penumpang yang datang dari salah sebuah 135 negara dan wilayah yang diiktiraf, mendapat vaksin penuh dan mempunyai sijil vaksin tidak diwajibkan untuk mengambil ujian saringan sebelum penerbangan, ujian hari ke-8 atau menjalani kuarantin sejurus tiba di UK.

“Sebaliknya penumpang-penumpang hanya perlu membayar kos ujian kendiri yang perlu dilakukan sebelum tamat 48 jam ketibaan di UK.”

Bagi pengunjung bawah umur, ibu bapa kanak-kanak tersebut mestilah divaksin lengkap dan mempunyai bukti vaksinasi yang sah.

Kanak-kanak 4 tahun dan ke bawah tidak perlu menjalani ujian saringan COVID-19, manakala bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 17 tahun, mereka tidak perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum berlepas ke UK, tetapi mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 setelah tiba di UK sebelum tamat tempoh 48 jam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: