Antarabangsa

Pakar Kaji Kaitan Wabak Maut Hati Kanak-Kanak Dengan COVID-19

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 07 Mei 2022 – Kementerian Kesihatan Indonesia menjalankan panel penuh ujian virus bagi mengenal pasti punca penyakit hati misteri yang menyerang kanak-kanak di negara itu.

Hal ini berikutan berlakunya kematian yang melibatkan tiga orang kanak-kanak yang menjadikan jumlah kematian global sekurang-kurangnya empat.

Kematian itu melibatkan kanak-kanak berusia dua, lapan dan 11 tahun selepas mengalami demam, jaundis, sawan dan tidak sedarkan diri.

“Pada masa ini, kami mengesyaki kes itu sebagai hepatitis akut, tetapi kami perlu mengesahkan bahawa ia bukan disebabkan oleh virus hepatitis A, B, C, D dan Rb,” ujar jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi.

Ia menimbulkan kebimbangan daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) apabila penyakit yang diklasifikasikan sebagai hepatitis akut teruk itu dikenal pasti berlaku kepada hampir 170 kanak-kanak di 11 buah negara sejak beberapa minggu kebelakangan ini tanpa diketahui ‘asal-usul’ nya.

Kanak-kanak yang diserang penyakit itu akan mengalami simptom-simptom seperti loya, muntah, cirit-birit dan sakit perut.

Bulan lalu, Jepun mengesahkan kes pertama penyakit hati misteri itu di negaranya yang juga kes pertama di Asia.

Berikutan itu, pihak berkuasa kesihatan UK sedang menyiasat punca penyakit itu dan melihat sama ada ia mempunyai kaitan dengan COVID-19.

Justeru, Kementerian Kesihatan Indonesia menyeru ibu bapa supaya segera membawa anak-anak mereka ke hospital sekiranya mereka menunjukkan gejala-gejala yang menjurus kearah penyakit misteri itu.

Leave a Reply

Back to top button