Tempatan

Pandemik COVID-19: Pemangku Raja Pahang Titah Masjid dan Surau Laksana Solat Hajat, Munajat Dan Qunut Nazilah

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PEKAN, 20 Mei 2021 – Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah, semua masjid dan surau dititahkan untuk melaksanakan Solat Sunat Hajat, Bacaan Yaasin, Tahlil dan Zikir serta Doa Khas selepas solat fardhu Maghrib untuk setiap malam Jumaat bermula pada tarikh 20 Mei 2021.

“Dukacita dimaklumkan situasi semasa terkini kes jangkitan serta penularan wabak Covid-19 di Negeri Pahang dan seluruh Malaysia sedang meningkat naik ketika ini,” kata Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH Dato’ Dr. Haji Zulkifle Bin Haji Ali Al- Hafiz.

“Sehubungan dengan itu, menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang memohon agar pihak tuan melaksanakan Solat Sunat Hajat, Bacaan Yaasin, Tahlil dan Zikir serta Doa Khas di semua masjid dan surau di bawah kawalan pihak tuan selepas solat fardhu Maghrib untuk setiap malam Jumaat bermula pada tarikh 20 Mei 2021 bagi sama-sama mendoakan agar Allah Subhanahu Wa Taala melindungi dan memberi kesejahteraan buat rakyat Negeri Pahang khasnya dari ancaman wabak Covid-19.”

Pihak masjid dan surau juga dititahkan untuk membaca Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu dan solat Jumaat secara berterusan mulai 20 Mei 2021.

“Pemangku Raja Pahang memohon agar pihak tuan mengarahkan semua masjid dan surau membaca Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu secara berterusan mulai pada 20 Mei 2021.”

“Pihak tuan juga adalah diminta mengarahkan semua masjid membaca Qunut Nazilah pada setiap kali solat Jumaat secara berterusan mulai pada 21 Mei 2021,” tambah beliau.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan 6,806 kes baharu Covid-19, rekod tertinggi jangkitan harian sejak pandemik melanda negara tahun lalu berbanding 6,075 kes yang dicatatkan semalam di mana Pahang mencatatkan sebanyak 157 kes baharu.

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button