Tempatan

Kerajaan Digesa Tangguh Kemasukan Pelancong China – MATA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Disember 2022 – Kerajaan digesa untuk menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian COVID-19 di negara itu reda.

Kata Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun, lonjakan ketara kes COVID-19 di negara berkenaan baru-baru ini mencetuskan kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya pemain industri pelancongan.

Malah, varian baharu juga berpotensi untuk muncul susulan lonjakan kes tersebut.

“Trauma yang dihadapi oleh pemain industri pelancongan akibat COVID-19 masih belum selesai malah banyak agensi pelancongan serta hotel ditutup sepenuhnya akibat COVID-19 dengan kerugian berbilion ringgit dalam tempoh dua tahun yang lalu,” ujarnya dalam sebuah kenyataan.

Mengulas dengan lebih lanjut, katanya kebanyakan negara telah memperketat kemasukan pelancong serta ahli perniagaan dari negara berkenaan buat masa ini bagi menyekat penularan virus COVID-19.

Sebelum ini, pakar epidemiologi dan pakar ekonomi kesihatan, Eric Feigl-Ding menganggarkan lebih 60 peratus populasi China bakal dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 90 hari akan datang.

Beliau berkata, jumlah kematian dijangka akan meningkat sekiranya pihak Kerajaan tidak bertindak untuk membendung penularan virus tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker