Terkini

Kematian Norway: Pakar Kesihatan Gesa Gantung Penggunaan Vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19

BEIJING – Pakar-pakar kesihatan China menggesa Norway dan semua negara yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 untuk menggantung penggunaan vaksin tersebut.

Ini susulan 23 kematian melibatkan warganegara Norway selepas mereka menerima suntikan dos vaksin Pfizer-BioNTech kali pertama.

Menurut seorang ahli imunologi China, tahap keberkesanan dan keselamatan vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 sebenarnya masih tidak diketahui apabila melibatkan penggunaan dalam skala yang besar.

“Vaksin berteknologi mRNA ini dikembangkan secara tergesa-gesa dan tidak pernah digunakan dalam skala yang besar bagi mencegah penyakit berjangkit. Isu keselamatannya juga tidak pernah disah dan dipastikan apabila disuntik kepada manusia.”

Hal ini juga diakui oleh pakar di sana selepas berlakunya kes kematian Norway.

“Insiden kematian di Norway  membuktikan bahawa keberkesanan vaksin mRNA Covid-19 tidak sebaik yang diharapkan.”

Yang Zhanqiu, seorang ahli virologi di Universiti Wuhan menambah, jika terbukti kes kematian di Norway adalah kerana vaksin, ternyata bahawa kesan vaksin Pfizer-BioNTech dan vaksin berteknologi mRNA yang lain tidak sebagus yang diharapkan.

“Ini kerana tujuan utama vaksin berteknologi mRNA adalah untuk menyembuhkan pesakit,” ujarnya.

“Terdapat kemungkinan unsur campuran beracun terbentuk sepanjang proses vaksin menggunakan teknologi mRNA; oleh sebab itu, keselamatan vaksin-vaksin ini tidak dapat dipastikan sepenuhnya.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button