Tempatan

Penambahbaikan Enakmen Terengganu: Spekulasi Melulu Adalah Dangkal – Dr Siti Nurhayati Adznan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Disember 2022 – “Menuduh sistem akan terjejas disebabkan suatu elemen bersandarkan spekulasi adalah dangkal dan tidak bertanggungjawab,” tegas Pegawai Perubatan Umum, Dr Siti Nurhayati Adznan.

Menurutnya, dakwaan kejam dan menjejaskan sistem kesihatan hanyalah bersifat spekulasi sedangkan kita telah buktikan sistem kesihatan kita sangat robust dan fleksibel misalnya dalam menangani pandemik berskala besar dan sebagainya.
Kenyataan Aktivis I-Medik itu sekali gus menyangkal dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyifatkan kelulusan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 sebagai menjenayahkan kesalahan hamil atau melahirkan anak luar nikah adalah sangat kejam dan menjejaskan sistem kesihatan negara.
Soal beliau, bagaimana sekarang  ia boleh menjejaskan pula, sedangkan undang-undang ini sudah wujud lebih 20 tahun?
Dr Siti Nurhayati berkata, dasar syariah ialah untuk melindungi maqasid. Oleh itu, sebarang penambahbaikan tidak boleh dianggap kejam hanya sekadar kerana ianya bertentangan dengan norma masyarakat barat yang menular dalam masyarakat.
Justeru, tuduhan dan dakwaan bahawa perundangan sebegini mewujudkan penderitaan, kesakitan atau penghinaan yang tidak perlu kepada wanita dan anaknya adalah amat tidak bertanggungjawab.
Jelas beliau, seorang doktor muslim seharusnya bergembira, syariat membantu menangani permasalahan masyarakat seperti zina (sejenis atau bukan sejenis) yang menyebabkan berleluasanya penyakit berjangkit seperti Sexual Transmitted Disease (STD) dan Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang digeruni, kandungan luar nikah dan sebagainya. Kerana hakikatnya tiada cara lain untuk menangani permasalahan ini secara efektif melainkan dengan mengamalkan kaedah abstinen.
Menurut beliau lagi, perkara ini termasuk juga dalam sumpah Hippocrates supaya seorang ahli perubatan merawati setiap ahli masyarakat tanpa diskriminasi.
Ujarnya, secara realitinya di Malaysia, kita melayan bukan sekadar semua ibu-ibu mengandung, malah termasuk penjenayah yang telah sabit kesalahan, secara sama rata, tanpa mengira kesalahannya.
Selama bertahun-tahun. Tiada diskriminasi. Maka tidak timbul isu situasi yang sukar dan mustahil, kerana kakitangan kesihatan kita sentiasa bersedia menerima dan menangani apa jua kes.
Selain itu, kita juga terikat dengan akta kerahsiaan pesakit. Ini menambah satu lagi lapisan perlindungan buat pesakit. Akta ini juga melindungi kakitangan kesihatan daripada tohmahan atau spekulasi agar mereka dapat memberikan servis yang terbaik secara sepenuh hati. Tiada isu.
Tambah beliau, undang-undang menjenayahkan zina (baik lelaki atau perempuan) sudah wujud sejak 1997. Kewujudan dan penguatkuasaannya tidak menunjukkan sebarang korelasi dengan bilangan kes mengandung luar nikah/tidak berdaftar malah kematian ibu/anak luar nikah.
“Saya percaya, enakmen terbaharu Terengganu hanya menambah baik undang-undang sedia ada,”jelasnya.
Berkenaan pesakit, setiap lapisan masyarakat sedia maklum untuk hadir ke pusat rawatan terdekat jika keadaan memerlukan.
Tambah beliau lagi,  untuk pengetahuan, kita antara negara yang mempunyai akses kesihatan terbaik di dunia, pesakit boleh memilih sama ada Kerajaan atau swasta. Yang dekat atau jauh dari tempat tinggal. Tiada halangan.
“Halangan untuk mereka hadir ke klinik mungkin lebih kepada akibat kurang kefahaman/cakna tentang keadaan diri/penyakit yang dihidapi dan bukan disebabkan stigma. Akta kerahsiaan pesakit juga melindungi mereka seperti yang saya sebutkan di awal perbincangan,” ujarnya.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib menyifatkan kelulusan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu menjenayahkan kesalahan hamil atau melahirkan anak luar nikah adalah sangat kejam dan menjejaskan sistem kesihatan negara.
Justeru, ramai aktivis dikalangan pengamal perubatan tampil bagi menyangkal dakwaan dangkal tersebut yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: