NGO

Gantung Dahulu Penerbangan Keluar Masuk Laluan China – PERKASA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) merujuk kepada kenyataan media oleh Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) bahawa Malaysia akan menerima pelancong dari negara China seramai sejuta orang pada tahun 2023.

Kedatangan pelancong asing ke negara ini sudah tentu akan merancakkan lagi sektor ekonomi negara yang baru sahaja hendak pulih ekoran wabak COVID-19 yang melanda dunia termasuk negara kita. Namun dalam kita menerima pelancong dari luar negara khususnya dari negara China, kita diingatkan agar tidak lupa juga wabak COVID-19 yang sedang mengganas ketika ini terutama di negara China.

PERKASA dengan tegas menggesa Kerajaan untuk menggantung sementara penerbangan keluar masuk laluan negara China kerana penularan COVID-19 yang sedang melonjak naik ketika ini di negara tersebut. Ini bertujuan dapat mengekang penularan kembali wabak ini di Malaysia.

Kes terbaru yang dilaporkan oleh media ialah hampir separuh penumpang pesawat dari China tiba di Milan, Itali, didapati positif COVID-19 amat membimbangkan kita.

Dengan angka yang amat membimbangkan di negara China ketika ini, Kerajaan disyorkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga antaranya menyekat kemasukan rakyat China ke negara ini untuk satu satu tempoh yang ditetapkan, melakukan ujian kendiri, saringan ujian kesihatan dan juga laporan MySejahtera di setiap pintu masuk ke negara ini bagi membendung wabak COVID-19 ini dari terus berkembang di negara ini.

Sejarah juga telah membuktikan dengan penularan wabak COVID-19 di awal tahun 2020 datangnya juga adalah dari negara China.

Syed Hairoul Faizey bin Syed Ali
Ketua Penerangan Perkasa Malaysia

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: