Tempatan

National Task Force (NTF) Ditubuh Ketika PKP, Kini Rasmi Dibubarkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Januari 2023 – National Task Force (NTF) yang merupakan Task Force yang terdiri dari gabungan kerjasama 19 agensi Kerajaan ditubuhkan selepas negara berdepan pandemik COVID-19 pada Mei 2020, rasmi dibubarkan semalam, 31 Disember 2022.

Panglima Angkatan Tentera TUDM, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang telah menyempurnakan Majlis Penghargaan Perkhidmatan Operasi BENTENG 2020 – 2022 sempena Pembubaran National Task Force (NTF) baru-baru ini.

Majlis tersebut juga diadakan sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan kepada semua agensi, komponen serta warga NTF merangkumi pelbagai peringkat yang terlibat dalam menjayakan Operasi BENTENG.

Op BENTENG melalui kuasa Akta 342 iaitu Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, telah digerakkan oleh NTF bagi membanteras kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke dalam negara serta mengekang penyebaran wabak COVID-19 sepertimana yang telah diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 29 April 2020.

Kejayaan Op BENTENG telah dibuktikan melalui peningkatan statistik tangkapan PATI dan nilai rampasan, yang mana sebanyak RM 1.10 bilion nilai rampasan telah berjaya dikumpulkan dari Mei 2020 hingga 26 Disember 2022, selain sejumlah 7,490 tangkapan melibatkan 1,444 orang tekong, 23,894 orang PATI dan 1,377 orang dalam tempoh yang sama.

Ia sekali gus menunjukkan kesepaduan ketiga-tiga komponen darat, laut dan udara di bawah NTF telah berjaya membuktikan kompetensi anggota keselamatan dan penguatkuasaan yang cemerlang serta keutuhan integrasi sistem komunikasi yang diamalkan di lapangan.

Justeru, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Bin Buang berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menggunapakai model NTF di samping mengambil semangat yang dibawanya, dalam meneruskan agenda pemerkasaan kawalan keselamatan sempadan negara kerana ianya telah pun diuji dan dicuba untuk satu tempoh yang lama serta sering dikemaskini dari masa ke masa bagi memastikan ianya kekal relevan serta dapat memberikan impak yang efektif dan efisyen.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: