Antarabangsa

COVID-19: Korea Selatan Bakal Gugurkan Kuarantin 7 Hari Mulai Jun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEOUL, 12 Mei 2023 – Korea Selatan bakal menggugurkan kuarantin tujuh hari daripada senarai sekatan pandemik COVID-19 negara itu mulai Jun ini.

Lapor berita tempatan, pihak berkuasa kesihatannya bagaimanapun masih menyarankan agar pengasingan diri dilakukan selama lima hari buat individu yang dijangkiti namun ia tidak diwajibkan.

“Saya gembira kerana orang ramai akan dapat meneruskan kehidupan normal selepas tiga tahun dan empat bulan,” kata Presiden Korea Selatan, Suk Yeol Yoon dalam satu pertemuan di kaca televisyen dengan pegawai Kerajaan dan pekerja perubatan bagi menandakan penurunan tahap krisis daripada tahap empat kepada tahap tiga.

BACA JUGA: Penyanyi Coldplay Berkali-Kali Zahirkan Sokongan Kepada “Eljibiti” – Gerakan Pengundi Sedar

BACA JUGA: Whatsapp Tak Boleh Dipercayai – Elon Musk

BACA JUGA: Kelab LGBT Rahsia, Ibu Bapa Murid Tahun 6 Saman Sekolah

Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa keperluan untuk memakai pelitup muka di semua kemudahan perubatan dan farmasi juga akan digugurkan di mana pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan di hospital yang mempunyai wad pesakit sahaja.

Kata beliau, Kerajaan akan terus menyediakan bantuan kewangan untuk ujian dan rawatan COVID-19 ‘untuk sementara waktu’.

Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memutuskan bahawa pandemik COVID-19 global tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa.

Menurut Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, keputusan itu dibuat selepas pandemik ini menyaksikan penurunan sejak setahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: