Antarabangsa

160 Juta Buruh Kanak-Kanak Direkodkan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NETHERLANDS, 19 Oktober 2022 – Buat pertama kali dalam dua dekad, bilangan buruh kanak-kanak meningkat kepada 160 juta iaitu peningkatan sebanyak 8.4 juta dalam tempoh empat tahun lalu, menurut laporan yang dikeluarkan oleh KidsRights.

Dalam laporan Indeks KidsRights juga menunjukkan bahawa pandemik COVID-19 telah memberi kesan buruk terhadap kanak-kanak sehingga ada yang tidak mendapat makanan atau ubat akibat gangguan dan penutupan klinik serta telah mengakibatkan kira-kira 286,000 orang kanak-kanak bawah umur lima tahun meninggal dunia.

Selain itu, seramai 25 juta kanak-kanak di bawah umur satu tahun tidak menerima vaksinasi asas, di mana jumlah tersebut adalah jumlah tertinggi sejak 2009, manakala bilangan kanak-kanak yang tidak divaksinasi sepenuhnya meningkat sebanyak 5 juta sejak 2019.

Dalam 72 peratus daripada 130 negara yang ditinjau pada 2020 pula, perkhidmatan kesihatan mental untuk kanak-kanak dan remaja juga telah terganggu dan anggaran baru-baru ini meramalkan kerugian pendapatan seumur hidup sebanyak USD $17 trilion dalam kalangan generasi pelajar sekolah hari ini jika tindakan segera tidak diambil.

KidsRights juga mendedahkan bahawa kira-kira satu bilion kanak-kanak berdepan risiko sangat tinggi akibat perubahan iklim, dengan lebih satu pertiga daripada kanak-kanak dunia iaitu kira-kira 820 juta, kini terdedah kepada gelombang haba.

Masalah kekurangan air pula menjejaskan 920 juta kanak-kanak di seluruh dunia, manakala penyakit seperti malaria dan denggi menjejaskan kira-kira 600 juta kanak-kanak, lapor KidsRights.

Organisasi yang mengukur hak kanak-kanak setiap tahun itu, meletakkan Iceland, Sweden dan Finland sebagai yang terbaik dalam aspek hak kanak-kanak dan Sierra Leone, Afghanistan dan Chad menjadi negara paling teruk, daripada 185 negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: