PRU-15

PRU-15: Rakyat Akan Mengundi Bersama Pesakit COVID-19

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 November 2022 – “Kita tidak dapat menyediakan lorong khas untuk pesakit positif COVID-19 selepas mengambil kira kekurangan sumber, ruang dan tenaga kerja,” ujar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai laluan khas yang tidak dapat dilaksanakan buat individu positif COVID-19 di kawasan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bermula Sabtu ini.

Menteri Kesihatan memaklumkan, keputusan tersebut dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan pihak berkaitan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah melakukan pelbagai peringkat perbincangan mengenainya.

“Keputusan itu juga selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 Safe Election seperti yang sudah diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,” katanya bagi mengulas kegelisahan pengundi berhubung kemungkinan terpaksa mengundi bersama individu yang dijangkiti wabak berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisyam Abdullah menasihatkan agar semua pengundi positif COVID-19 mengikut saranan Kementerian Kesihatan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka dan tidak dibenarkan menaiki pengangkutan awam termasuk e-Hailing.

Manakala, bagi individu yang bebas dari wabak tersebut turut digalakkan memakai pelitup muka. Ini adalah untuk memastikan proses pengundian dapat berjalan dengan selamat sekaligus mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.

“Pengundi yang positif COVID-19 tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk e-Hailing serta singgah di mana-mana sebelum dan selepas mengundi selain perlu pulang segera selepas selesai mengundi.”

“Pengundi positif COVID-19 perlu mematuhi penjarakkan fizikal yang selamat manakala penjarakkan fizikal bagi pengundi lain amat digalakkan,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: