Tempatan

Sarawak Solat Tanpa Penjarakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SARAWAK, 25 Mac 2022 – Solat Jumaat, fardu, sunat, khutbah dan wirid selepas solat dibenarkan tanpa penjarakan fizikal di semua surau dan masjid di Sarawak selaras dengan Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April 2022, lapor Harian Metro.

Dalam satu kenyataan media Majlis Islam Sarawak (MIS), orang ramai perlu mendaftar kehadiran melalui MySejahtera sebelum masuk ke dalam masjid serta surau, digalakkan membawa sejadah atau alas sujud sendiri dan memakai pelitup muka sepanjang masa.

Walau bagaimanapun, individu yang masih berada dalam tempoh kuarantin COVID-19 atau mempunyai gejala demam, selsema, batuk atau sesak nafas dilarang sama sekali untuk hadir ke masjid dan surau bagi menghadiri sebarang aktiviti.

Namun yang demikian, MIS turut memaklumkan bahawa semua aktiviti pengimarahan masjid dan surau seperti pengajian, kuliah, ceramah, kursus, bengkel, tadarus, tahlil, berbuka puasa, moreh, qiamullail, sahur, iktikaf dan khatam Al-Quran adalah dibenarkan dengan penjarakan fizikal.

“Pengurusan dan pengebumian jenazah yang tiada kaitan dengan COVID-19 adalah dibenarkan dengan penjarakan fizikal,” tambah MIS lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: