MyUbat Tak Ada, Not My Problem – Netizen Bengang Dengan Pharmacist KKM
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SELANGOR, 12 Januari 2022 – Berang dengan tindakan seorang pegawai farmasi yang bertugas di kaunter farmasi sebuah hospital kerajaan, seorang individu nekad untuk membuat aduan terus kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pengarah hospital tersebut.
Kejadian ini berlaku selepas pegawai farmasi tersebut disifatkan sebagai langsung tidak mempedulikan aduan dan pertanyaan daripada seorang individu, Encik Syafarizal Sharif berkaitan pengeposan ubat dan aplikasi MyUbat.
“Insiden di Farmasi pagi tadi 10 Januari 2022 di Farmasi Tingkat 6 HKL.
Pharmacist 1: bekalan Encik kena collect sendiri setiap 2 minggu hingga Bulan Julai nanti.
Saya: Boleh post melalui MyUbat macam biasa.
Pharmacist: Tak boleh guna MyUbat lagi. Kena ambil sendiri setiap 2 minggu.
Saya: Eh.. minggu lepas saya appointment di PC Clinic dan ENT, semua penghantaran ubat diuruskan melalui MyUbat.
Pharmacist 1: Sekarang tak boleh guna MyUbat lagi.
Saya: KKM kan baru launch MyUbat untuk mudahkan cara ambil ubat. Takkan dah tak ada.
Takkan lah saya kena ulang alik dari Sungai Buloh ke HKL setiap 2 minggu untuk ambil ubat. Tak ada cara lain ke untuk saya dapat ubat ni lagi pun kalau hantar guna MyUbat pun kos saya bayar COD. Bekalan ubat saya tak boleh putus kerana saya ada Allergic Anaphylaxis Type 1 dan senang kena Anaphylactic Shock jika bekalan ubat putus.
Pharmacist 1: NOT MY PROBLEM. (Sambil beredar dan bercakap sesama mereka kalau nak ubat gi lah kat hospital lain pulak.)”
“Panas semacam bila dia sebut not my problem. terus saya keluarkan handphone sambil tunggu dipanggil. Kali ini saya rakam sambil tanya semula dan akhirnya tanya namanya untuk dirujuk pada KKM dan pengarah HKL lepas itu saya beredar sambil kata anything kita jumpa kat KKM,” kata Syafarizal di dalam Facebooknya.
Ujarnya, tidak lama selepas itu, pegawai farmasi tersebut menghubungi beliau dan memintanya untuk menyelesaikan perkara tersebut di luar KKM.
Mereka juga memaklumkan aplikasi MyUbat boleh digunakan bagi mengepos ubat-ubatan yang diperlukan.
Namun, beliau bertegas untuk tetap meneruskan aduan selepas memikirkan, berapa ramai lagi pesakit yang telah berdepan dengan insiden sama seperti yang dialaminya.
“Pharmacist 2: Perkara ni boleh discuss. Kami boleh settle. Tak perlu repot ke KKM.”
“Saya: NOT MY PROBLEM also. Anything you cerita kat KKM. Dah berapa ramai pesakit you buat macam ni, dah berapa ramai pesakit mati kerana you potong ubat yg Doctor beri pada mereka? Kalau saya kena Anaphylactic Shock nanti sebab tiada ubat nanti you tahulah tindakan undang-undang kat you!”