Tempatan

Isu Pelancong China: Kerajaan Perlu Tegas Sebelum Nasi Jadi Bubur

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Januari 2023 – Susulan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini yang telah mengesan varian dan subvarian yang ada di China di dalam negara, maka Kerajaan perlu lebih tegas dalam isu kemasukan pelancong China ke Malaysia sebelum nasi menjadi bubur, ujar Ketua Armada BERSATU Malaysia YB Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam satu hantaran di Facebook beliau.

Tambah beliau, di dalam situasi semasa ini, Kerajaan juga perlu bertegas untuk menghentikan dahulu kemasukan pelancong dan rakyat China ke Malaysia buat sementara waktu sehingga protokol keselamatan yang lebih jelas dan tahap kesiapsiagaan pemantauan penularan wabak COVID-19 kembali beroperasi 120%!

BACA JUGA: Kerajaan Lebih Sayangkan Pelancong China Walaupun COVID Menggila – Hj Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: Ujian COVID-19 Ke Atas Semua Pelancong China Sebelum Terbang – Pakar

BACA JUGA: Jangka Gelombang Baharu COVID-19 Melanda, Farmasi Tambah Stok

Wan Ahmad Fayhsal berpendapat, walaupun varian yang dikesan tidak menular sehingga ke tahap membimbangkan, namun Kerajaan perlu menjadikan pengalaman negara berdepan wabak COVID-19 sebelum ini sebagai pengajaran.

Beliau juga mengingatkan Kerajaan supaya tidak diambil ringan dan mudah tentang isu kemasukan pelancong dan rakyat China ke dalam negara ini.

“Kita telah berjaga-jaga selama berbulan-bulan dan kini kita perlu memastikan sempadan kita benar-benar selamat dan terjamin daripada sebarang pencerobohan COVID-19 – terutamanya dari China – varian asal BF.7 COVID-19.”

Senada dengan beliau, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun menggesa supaya Kerajaan menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian COVID-19 di negara itu reda.

Dalam pada itu, Pakar Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifah Ezat Wan Puteh memberi amaran bahawa gelombang COVID-19 akan terus mengancam Malaysia jika tiada langkah diambil oleh Kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: