Tempatan

KKM Syor Tak Pakai Pelitup Muka Ketika Ceramah PRN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PONTIAN, 08 Mac 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya memberi kelonggaran kepada mereka yang memberi ceramah politik dalam kempen Pilihan Raya Negeri Johor supaya tidak memakai topeng muka apabila memberi ceramah.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan perkara tersebut pada sidang media selepas merasmikan Hari Pendengaran Sedunia 2022 di Hospital Serdang, 3 Mac lalu.

“Saya telah berbincang perkara ini dengan Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan kami dapati sekiranya terdapat penjarakan fizikal yang bersesuaian, hanya penceramah yang memberi ceramah sahaja dibenarkan menanggalkan topeng muka.”

Walau bagaimanapun, kelonggaran pemakaian pelitup hanya dibenarkan dengan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) lain, termasuk penjarakan fizikal, jelas Khairy Jamaluddin.

Selain itu, beliau turut memaklumkan mengenai SOP SPR, ceramah, syarahan dan aktiviti kempen untuk Pilihan Raya Johor telah dibenarkan dilanjutkan sehingga tengah malam, yang sebelum ini hanya sehingga pukul 10 malam sahaja.

Berikutan lanjutan masa kempen tersebut, SPR juga membenarkan aktiviti kempen fizikal dianjurkan di perkarangan ibu pejabat parti dan bilik gerakan dengan bilangan hadirin termasuk penganjur, penceramah dan peserta mestilah tidak melebihi 100 atau 50 peratus daripada kapasiti ruang.

Sebelum ini, penganjur dan peserta sebuah himpunan aman melibatkan beberapa NGO Melayu Islam di hadapan perkarangan Mahkamah Persekutuan telah dipanggil untuk siasatan polis atas alasan pelanggaran SOP.

Menjelaskan mengenai Himpunan Aman Solidariti Pertahan Akidah 3 Anak Mualaf pada 21 Februari 2022 tersebut, Pengerusi PEMBELA menyatakan bahawa semua peserta telah mematuhi SOP dengan begitu tertib.

“Bukannya lama sangat pun kami ada di situ. Dan kita pun hadir tidak begitu ramai, mungkin polis dan wartawan lebih ramai pada hari tersebut.”

“Lainlah macam kempen pilihan raya. Berkumpul berjam-jam, bersempit-sempit dengan lautan manusia.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: