Tempatan

Simptom Selepas Booster Mungkin Tanda Awal Pembentukan Darah Beku

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2022 – “Antara kesan sampingan yang perlu diberi perhatian sekiranya dialami lebih daripada tiga hari ialah demam, sakit kepala, sakit perut, loya, muntah dan ruam berbintik merah pada badan kerana mungkin simptom kepada Vaccine Induced Thrombotic Thrombocytopenia (VITT) iaitu darah beku dalam salur darah vena.”

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: KKM Sahkan Ribuan Kes Kesan Mudarat Serius Vaksinasi

BACA: Jangkitan Covid-19 Israel Mencanak Naik 9,893% Selepas Dos Penggalak

Selain itu, sesak nafas dan bengkak kaki juga perlu diberikan perhatian sekiranya terjadi selepas pengambilan dos penggalak kerana ia juga antara tanda awal pembentukan darah beku di mana-mana bahagian badan kita, menurut Perunding Hematologi Hospital Ampang, Dr Veena Selvaratnam.

Tambah beliau, golongan yang berisiko mengalami VITT adalah mereka yang menerima vaksin jenis adenovirus terutama yang berusia 30 hingga 50 tahun serta mereka yang pernah mempunyai sejarah mengalami masalah pembekuan darah.

Justeru Dr Veena Selvaratnam menyarankan supaya mereka yang menerima dos penggalak berehat dan minum air yang banyak serta jangan terlalu aktif kerana badan sedang membentuk imuniti.

Berdasarkan kajian, trend VITT di luar negara merekodkan sembilan hingga 10 kes bagi satu juta dos manakala di Malaysia, kurang daripada satu kes bagi satu juta dos, kata beliau.

Sebelum ini, Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Malaysia Negara (NPRA), Dr. Roshayati Mohamad Sani melaporkan sebanyak 1,747 laporan yang dikategorikan sebagai Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) serius direkodkan yang memerlukan kemasukan ke hospital, pemanjangan tempoh di wad, mengancam nyawa, atau disyaki menyebabkan kematian.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan sekiranya penerima vaksin mengalami sebarang kesan advers yang serius atau kesan yang berpanjangan, hendaklah segera merujuk ke mana-mana fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan dan penyiasatan lanjut akan dijalankan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: