Tempatan

Tak Boleh Bela Anjing dalam Apartmen dan Kondo – Datuk Bandar JB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 27 Februari 2022 – Para pemilik anjing tidak lagi dibenarkan untuk membela haiwan tersebut di bangunan kediaman bertingkat tinggi seperti kondominum, apartmen dan flat di bawah lingkungan kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Datuk Bandar Johor Bahru Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman menegaskan bahawa tindakan perundangan akan diambil ke atas mereka yang gagal mematuhi peraturan ini.

Beliau berkata peruntukan ini adalah di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing MBJB (Pindaan) 2021.

Pihak MBJB juga berhak untuk merampas anjing-anjing yang tidak berlesen dan dari jenis baka yang tidak dibenarkan untuk dipelihara, ujar beliau lagi menurut sebuah portal.

Antara baka yang terlarang ialah, anjing jenis pitbull, bulldog dan tosa Jepun.

Walaupun premis kediaman lain dibenarkan untuk membela anjing, namun bilangan haiwan yang dibela itu tidak boleh melebihi had yang dibenarkan.

Dato’ Mohd Noorazam Osman berkata, cuma seekor anjing sahaja yang dibenarkan bagi kediaman rumah teres, dua ekor bagi rumah berkembar, dan empat ekor sahaja bagi kediaman banglo.

Beliau juga menggesa para pemilik anjing untuk memohon bagi mendapatkan lesen membela anjing sekiranya mereka belum lagi bertindak sedemikian.

Pada tahun ini sahaja dari 1 Januari sehingga 21 Februari, pihak MBJB telah menangkap 486 ekor anjing liar manakala sepanjang tahun 2021, 1,865 ekor anjing telahpun ditangkap.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: