KKM Sahkan Ribuan Kes Kesan Mudarat Serius Vaksinasi
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
RABU, 16 Februari 2022 – Terdapat 1,747 laporan yang dikategorikan sebagai Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) serius direkodkan, menurut kenyataan media Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Malaysia Negara (NPRA), Dr. Roshayati Mohamad Sani.
BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin
BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan
BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis
Berdasarkan kenyataan tersebut, kesan advers serius ini adalah kesan yang memerlukan kemasukan ke hospital, pemanjangan tempoh di wad, mengancam nyawa, atau disyaki menyebabkan kematian.
Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan sekiranya penerima vaksin mengalami sebarang kesan advers yang serius atau kesan yang berpanjangan, hendaklah segera merujuk ke mana-mana fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan dan penyiasatan lanjut akan dijalankan.
Daripada jumlah keseluruhan ini, 1,747 laporan yang dikategorikan sebagai AEFI serius tersebut adalah bersamaan kadar 27 laporan bagi setiap sejuta dos, lapor kenyataan media yang bertarikh 16 Februari 2022.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu sidang media menafikan bahawa banyak tuduhan yang mengatakan bahawa dos penggalak telah menyebabkan kesan advers yang serius.
Jelas Khairy Jamaluddin, majoriti AEFI yang dilaporkan untuk dos penggalak adalah ringan dan biasanya akan pulih dalam tempoh masa beberapa hari sahaja.