Tempatan

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tidak Semestinya Seorang Muslim, Tegas James Chin

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 Oktober 2022 – Yang di-Pertua Negeri Sabah tidak semestinya dilantik dalam kalangan orang Muslim kerana jawatan itu tidak bersangkutan dengan agama, menurut penganalisis, James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania.

Tambahnya, penentangan terhadap pelantikan Joseph Pairin Kitingan hanya kerana beliau bukan Muslim adalah “sangat mengarut”.

“Apa yang diperlukan dalam peruntukan undang-undang adalah individu itu dicalonkan oleh Kerajaan Negeri, (iaitu) Ketua Menteri Sabah, secara amalannya.”

Oleh itu, idea bahawa Islam mesti mendominasi jawatan politik dan pentadbiran di Malaysia Timur adalah hasil langsung Malaya mendesak ideologi “Ketuanan Melayu” untuk memasukkan Sabah dan Sarawak ke dalam sistem politik Malaya.

Justeru, memisahkan jawatan Yang di-Pertua Negeri yang juga jawatan adat istiadat dengan Ketua Menteri selaku jawatan politik tertinggi antara pelbagai komuniti politik merupakan satu simbol yang berkuasa dalam menentang model politik kaum dan agama Malaya.

“Sekiranya kita terus bermain politik kaum dan agama, kita akan menjadi seperti Malaya, dari segi politik.”

Tegasnya, “Saya menyokong penamaan Pairin sebagai Yang di-Pertua Negeri kerana saya berpandangan adalah sangat penting negeri Borneo memperkukuh pendekatan politik pelbagai kaum.”

Sebelum ini, Presiden Peguam Syarie Sabah, Abdul Razak Jamil menjelaskan bahawa Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah secara konvensyen akan menjalankan tugas dan mewakili Yang di-Pertuan Agong dalam isu-isu pengurusan dan pentadbiran agama Islam di negeri Sabah.

“Oleh yang demikian, TYT yang dilantik sewajarnya beragama Islam untuk menjalankan tugas-tugas itu.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: