Tempatan

MySejahtera Diaktifkan Semula Untuk Monkeypox – KJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 28 Mei 2022 – Mengeluarkan notis kesihatan cacar monyet (Health Alert Monkeypox) melalui MySejahtera adalah antara plan strategik Kerajaan bagi menghadapi risiko kemasukan monkeypox ke Malaysia berpandukan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebook rasmi mengeluarkan sembilan plan aktiviti kesiapsiagaan dalam kenyataan media pada Khamis lalu.

BACA: Syarikat Bumiputera Mengaku Salah Tuduhan Bekal Minyak Masak Berlebihan

BACA: Seleweng Ribuan Minyak Masak Subsidi Untuk Sembah Berhala, KPDNHEP Tumpas Sindiket

BACA: Harga Barang Dijangka Naik Selepas Tahun Baru Cina – DPMM

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, selepas pengembara mengisi borang pra-pelepasan dalam aplikasi MySejahtera, pengembara yang tiba dari negara endemik monkeypox atau dari negara yang melaporkan kes monkeypox akan menerima notis kesihatan setiap hari selama 21 hari sebagai peringatan untuk membuat pemantauan kesihatan kendiri.

“Tempoh 21 hari itu kerana ia adalah tempoh inkubasi virus dan sekiranya bergejala, hendaklah segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran,” katanya dalam sidang media yang berlangsung secara maya dari Geneva, Switzerland.

Beliau turut memberitahu, KKM telah menggerakkan pasukan kesihatan di semua pintu masuk antarabangsa untuk melaksanakan aktiviti pencegahan awal dan penularan dalam komuniti.

Kerjasama antara kementerian dan pihak lain juga telahpun terjalin bagi membantu merujuk pengembara dengan tanda-tanda jangkitan monkeypox kepada petugas kesihatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: