Tempatan

Tenaga Kerja Malaysia Direnjat Elektrik Oleh Sindiket Kemboja Jika Gagal ‘Scam’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2022 – Direnjat dengan elektrik. Ini habuan yang diperoleh oleh rakyat Malaysia yang diperdaya sindiket tenaga kerja jika gagal memperdaya mangsa, lapor sebuah portal tempatan.

Seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Adan, 36, berkata, pada mulanya, mereka dijanjikan akan bekerja di sebuah kasino di Sihanoukville, bandar pelabuhan di selatan Kemboja.

“Bagaimanapun, apabila tiba di sana, kami dipaksa untuk menipu individu di seluruh dunia terutama Malaysia.”

“Kami dipaksa memperdayakan mangsa menerusi panggilan, aplikasi WhatsApp dan media sosial lain,” ujarnya.

Tambah Adan lagi, beliau dan rakan-rakannya seramai 20 orang ditempatkan di tingkat lima sebuah bangunan setinggi tujuh tingkat di mana tugas mereka hanya berada di depan komputer ma¬sing-masing untuk berhubung de¬ngan ‘pe¬langgan’ bagi menarik minat mereka mela¬bur saham dan berjudi.

Malah, mereka turut memikat pelanggan wanita untuk dijadikan ‘kekasih’ sebelum ‘merompak’ wang mangsa.

Menurut Adan, mereka dipaksa sindiket terbabit untuk bekerja selama 12 jam sehari dan ada juga bekerja sehingga 18 jam tanpa rehat dengan dipantau ketat oleh ramai pengawal bersenjata sepanjang masa.

Terdahulu, samudera.my melaporkan, sindiket penipuan tawaran pekerjaan luar negara dipercayai memaksa rakyat Malaysia menjadi pelacur selain mengugut untuk diambil organ mereka untuk dijual di pasaran gelap.

Dalam laporan berlainan, semalam, empat lagi mangsa sindiket penipuan kerja daripada Sabah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu selepas berjaya menyelamatkan diri ke pejabat Kedutaan Malaysia di Phnom Penh, Kemboja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: