Tempatan

Program PICKids Vaksin COVID-19 Secara Percuma Berakhir Mei Ini – KKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 14 Mei 2022 – “Selepas 31 Mei 2022, kanak-kanak yang telah berusia 5 tahun hingga bawah 12 tahun tidak lagi vaksin COVID-19 secara percuma di bawah PICKids.”

Pemberitahuan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu adalah melalui hantaran di laman Twitter yang menjelaskan bahawa Program PICKids vaksin COVID-19 secara percuma tersebut akan berakhir Mei ini.

Seterusnya pihak KKM turut memaklumkan bahawa selepas 31 Mei 2022, kanak-kanak yang telah berusia 5 tahun hingga bawah 12 tahun perlu mendapatkan vaksin COVID-19 yang ditawarkan di pasaran swasta secara berbayar.

Justeru, KKM menyarankan kepada ibu bapa supaya “jangan berlengah” kerana mulai Jun 2022 pemberian vaksin kepada kanak-kanak yang telah berusia 5 tahun hingga bawah 12 tahun adalah secara berbayar sahaja.

Walau bagaimanapun, “Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.”

Program PICKids vaksin COVID-19 sebelum ini sepatutnya tamat pada 15 Mei 2022 telah dilanjutkan ke 31 Mei 2022.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, langkah melanjutkan tarikh akhir itu mengambil kira sambutan Aidilfitri dan cuti kelepasan am yang jatuh pada tarikh akhir pemberian vaksin serta penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker