Tempatan

Baca Dan Fahami Surah Yunus Ayat 99 – Siti Kasim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR – “Siapa kamu nak paksa orang yang kononnya pada pandangan kamu tidak beriman?” tempelak Siti Kasim sewaktu sesi siaran langsung anekdot “Mahkamah Syariah Teruji” anjuran Dialektika TV pada 28 Februari 2021 yang lalu.

Menggunakan Surah Yunus ayat 99 sebagai hujah, pengasas Malaysian Action for Justice and Unity Foundation (MAJU) ini mendakwa, sedangkan Tuhan pun sudah mengatakan kepada Nabi Muhammad untuk tidak memaksa orang yang tidak mahu beriman, jadi siapa orang lain untuk memaksa Muslim lain mempraktikkan ajaran Islam mengikut kepercayaan tertentu.

“Sedangkan kalau you baca Quran, you tengok surah Yunus (10:99) mengatakan: “Dan bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman. Jika Tuhanmu menghendaki, nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu kalau Tuhan tidak menghendaki. Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?”.”

“Kalau Tuhan dah kata kepada Nabi Muhammad, mengatakan, kenapa kamu nak paksa orang yang tidak mahu beriman?” tempelaknya lagi.

Oleh itu, Siti Kasim mengingatkan kepada semua Muslim untuk mempraktikkan ajaran Islam mengikut kepercayaan masing-masing, bukan mengenakan nilai moral yang dipegang seseorang ke atas seseorang Muslim yang tidak berpegang kepada kefahaman Islam yang sama.

It is up to you, you want to practice your religion. Nobody is stopping you. Tidak ada orang yang nak kacau cara you nak practice you punya faith. Whatever. And Muslims like me, you know, and we have no problem about the way you want to practice your Islam.”

But the problem I have is that, you want to impose your moral values on others. Just because we are Muslims, but we don’t share your understanding of Islam, so you want to impose.”

Selain Siti Kasim, anekdot “Mahkamah Syariah Teruji” anjuran Dialektika TV yang disiarkan secara langsung di Facebook dan YouTube Dialektika TV juga menampilkan barisan panelis seperti Prof Madya Dr Rafidah Hanim, Pengerusi Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) dan Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) serta Sayed Munawar sebagai kemudi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: